Sunday, September 14, 2008

Sedikit Hukum Tabarruj Bagi Muslimah.

Pemakaian Inai:
1. Makruh bagi wanita Islam yang memakai inai, sekiranya bertujuan dan berniat untuk berhias.
2. Disunatkan bagi wanita Islam yang berkahwin memakainya.

Pemakaian Celak:
1. Tidak boleh bercelak bagi wanita Islam ketika hendak keluar rumah, melainkan untuk suami dan mahram.
2. Wanita Islam dibenarkan bercelak sekiranya bertujuan untuk berubat. Daripada Ibnu Abbas
RA, Rasulullah SAW telah bersabda : "Bercelaklah kamu dengan celak daripada batu,
Sesungguhnya dengan memakai celak dapat menerangkan mata dan dapat melebatkan bulu
kening". *Terdapat banyak hadith yang menerangkan tentang kelebihan bercelak dengan
"ithmid" yakni celak yang dibuat dari batu (celak debu).

Pemakaian Cincin:
1. Diharuskan bagi wanita Islam memakai cincin emas sebagaimana Sayyidatina Aisyah
memakai cincin daripada emas.
2. Wanita dibolehkan memakai cincin disemua jari tangan. Namun terdapat khilaf ulama' pada
jari yang lebih afdhal (baik)..
- Imam Syafie mengatakan afdhal jika dipakai di jari kanan, kerana tangan kanan lebih
mulia untuk "zinah".
- Imam Malik mengatakan sunat memakai cincin di jari kiri dan makruh di pakai di jari
kanan.

Wallahua'lam.

Sunday, August 31, 2008

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Dikesempatan ini, ana seusrah ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan yg penuh keberkatan buat semua muslimin, serta muslimat di luar sana. Di doakan moga bulan Ramadhan tahun ini membawa seribu erti kesabaran, ketaqwaan, dan keindahan dlm hidup kita. Dan sama2 kita menghayati Kalam Rasul saw..
RAMADHAN..
"Awalannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirannya bebas dari api neraka".

Tuesday, August 26, 2008

Jom kita intai sejarah: "Tribulasi Assyahid Hassan Al Banna dan Ikhwanul Muslimin".



Ikhwanul Muslimin?.. Ana yakin ramai sahabat2 yg menatap blog ana ini mengerti dan tahu ttg sejarah kewujudannya. Disini ana hanya ingin ungkap tribulasi yg dilalui oleh Jemaah yg kita kagumi ini pd suatu ketika dahulu, yg amat memeritkan. Sama2 kita rasai roh perjuangan Assyahid Hassan Al Banna..

Kita semua tahu, perjuangan Ikhwanul Muslimin berjaya merubah sikap dan pegangan masyarakat. Manusia2 yg menerima seruan yg dibawa, dibersihkan aqidah mereka dan disatukan bagi mendokong perjuangan Islam yg suci.

Pemimpin2 sekular Mesir begitu benci dengan kejayaan perjuangan yg di bawa oleh Assyahid Imam Hassan Al Banna. Berbagai perancangan dibuat bagi menumpaskannya.

Dalam tahun 1948, Ikhwanul Muslimin telah diharamkan. Beribu2 orang ahlinya ditangkap dan dipenjara. Harta benda mereka dirampas. Pemimpinnya..Imam Asyahid Hassan Al Banna, ditembak mati ketika berjalan keluar dari Markaz Jami'ah As Syubbanil Muslimin.

Tidak setakat itu, angkatan bersenjata Mesir kemudiannya mengepung rumah Assyahid. Tidak ada sesiapa pun yg dibenarkan pergi kesitu. Ayah Assyahid, seorang tua yg telah lanjut usianya, melebihi 90 tahun menerima berita itu dari seorang panglima angkatan bersenjata Mesir. Dia terus berjaga malam dan menunggu kedatangan fajar utk menunaikan suruhan Allah. Sambil berkata " Maha Suci Engkau dan KeadilanMu wahai Tuhanku.. mereka telah membunuh anakku".

Sejurus kemudian, selepas ketukan yg bertubi2, mereka membuka pintu dan menghulurkan jenazah Assyahid. Si ayah menangis, namun dengan bongkak askar2 yg menghantar jenazah itu berkata " Tidak ada tangisan dan tidak ada laungan, tidak ada tunjuk perasaan ataupun perkabungan, tidak ada solat jenazah kecuali engkau seorang sahaja!".

Kekejaman angkatan bersenjata Mesir ketara apabila mereka tidak membenarkan orang lain membawa keranda Assyahid ke perkuburan. Jadi, keranda Assyahid Hassan Al Banna dipikul oleh isteri dan anak2 perempuannya. Masjid tempat solat jenazah diadakan kepungan. Hanya ayahnya sahaja yg dibenarkan bersolat.

Kezaliman mereka tidak terkira. Sesiapa pun tidak dibenarkan menghadiahkan bacaan2 ayat2 Al-Quran kpd Assyahid. Seorang lelaki yg membaca Al-Fatihah apabila melihat keranda Assyahid diusung ke perkuburan didera dengan hebat..

Namun, beruntunglah Assyahid Imam Hassan Al Banna. Kerana, bukankah sebaik2 kematian itu adalah MATI SYAHID?, Allaahuakbar!!.

*Bila ana menatapi episod perjuangan Assyahid dan Jemaah Ikhwanul muslimin, seakan terasa Malaysia pun pernah mengukir sejarah berdarah, dengan Memali menjadi pentasnya.. polis memainkan peranan yg amat jahat dan terkutuk sekali dlm episod berdarah itu, tok dalangnya adalah pemimpin2 umno yg ber-ideologi sekular nasionalis. Sedih, sayu dan pilu..seakan sama sejarahnya. :-(

Sunday, August 17, 2008

Tanpa Jihad Islam Hancur..



"Kerajaan yg paling berharga,
Yg dibangunkan di atas korban,
Tikaman bagaikan madu,
Bagi yg menyintai..
Apa seorang raja dpt memerintah,
Jika pedangnya tumpul?,
Dan burung-burung mencari daging,
Ditempat penyembelihan..

Mati lebih hormat bagiku,
Sabar lebih indah bagiku,
Keluhuran pasti lurus jika Islam yg menang".

Friday, August 8, 2008

Metode Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Dalam Memimpin..

Alhamdulillah, keizinan oleh Allah akhirnya diberi buat ana untuk melakar sedikit coretan berkaitan metode tuan guru yg amat ana kagumi. Di bumi subur tempat ana berpijak adalah tanah dibawah kepimpinan beliau, dan ana amat bersyukur pada Allah yg mengurniakannya..

Pentadbiran Tuan Guru adalah bermoto slogan dan berlandaskan "Membangun Bersama Islam", yang mempunyai tiga sendi utama:

1. UBUDIYYAH - firman Allah SWT : Maksudnya: " Dan (ingatlah) Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku".
(Surah Al-Dzariyat 56)

2. MAS'ULIYYAH - firman Allah SWT : Maksudnya: "Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu (akhirat), tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!".
(Surah Al-Takathur 8)

3. ITQAN - sabda Rasulullah SAW : Maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT mengasihi seseorang daripada kamu apabila melakukan sesuatu perkerjaan, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh".

KEHEBATAN dan kredibiliti Tuan Guru dalam pemerintahan terserlah ketika memegang tampuk pemerintahan Negeri Kelantan sebagai Menteri Besar bermula pd tahun 1990 sehingga kini. Di saat itu, bermulalah satu era pemerintahan di bawah kepimpinan ulama'. Perubahan demi perubahan dilakukan dan telah dilaksanakan di negeri bertuah ini, supaya negeri ini diberkati dan dirahmati Allah SWT, serta memastikan semua urusan pemerintahan selari dengan syariat Islam, sesuai dengan slogan "Membangun Bersama Islam".
Dengan itu, khususnya rakyat Kelantan bersama kita memastikan bahawa segala usaha dan gerak kerja dilakukakn dengan ikhlas serta bersungguh-sungguh bagi memastikan Kelantan serta semua negeri di bawah kepimpinan kita (Pakatan Rakyat) terus dipertahankan dengan segala yg kita ada. Bekerjalah untuk Islam, dan kerana Allah.

Ilalliqa'.

Monday, July 14, 2008

ISA - AGEN YAHUDI DAN AMERIKA DI TANAH AIR MALAYSIA

APA YANG ANDA TATAPI ADALAH EPISOD2 BENAR PENYIKSAAN TERHADAP SAUDARA SE-ISLAM KITA, YANG MENJADI PENGHUNI "DUNIA" PENYELAMAT BAGI PEMIMPIN2 KORUP, SEKULAR NASIONALIST KERAJAAN MALAYSIA.. TATAPI, HAYATI, DAN PENDAM KEBENCIAN, SAMA2 KITA BEBASKAN SAUDARA KITA DI SANA, INSYAALLAH KEMAKMURAN MILIK KITA.

Thursday, July 10, 2008

Sedikit Kajian Yg Patut Dikongsi..

Sebaik2 Bahasa Adalah Bahasa Yg Menyenangkan Hati.. Yg Jahat Memang Sentiasa Buruk.

Betul ke ni? Kira-Kira ada pengaruh unsur kimia kot???
Aneh akan tetapi BENAR...

Kata-Kata Negatif dan Kata-Kata Positif

Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan Kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan Kata-Kata yang Positif dan Baik, insyaAllah.

Setelah mendengarkan info tentang pengaruh Kata-Kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku " The Hidden Messages in Water " karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan tentang ramainya orang yg melakukan percubaan, saya pun tertarik untuk melakukannya :

1.Tempatkan sisa nasi semalaman ke dalam 2 toples dengan jumlah yang sama, kemudian ditutup rapat.
2. Kedua-dua toples tersebut di lekatkan dengan label yang berisi kata-kata bersebab:
3. Toples A : " Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Senang Sekali Melihatmu, Aku Ingin Selalu di dekatmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.
4. Toples B : " Kamu Bodoh, Goblok, Jelek, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku Sesekali Tidak mahu dekat dengan kamu "

5. Botol 2 ini saya letakkan terpisah dan pada tempat yg sering dilihat, saya pesan pada isteri, anak, dan pembantu untuk membaca label pada botol tersebut setiap kali melihat botol-botol tersebut.

6. Dan inilah hasilnya setelah 1 minggu kemudian.

Nasi dalam botol yg di bacakan kata-kata Negatif ternyata cepat sekali berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dengan bau yang kurang enak.
Sedangkan Nasi dalam botol yg di bacakan kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.

Nah Silahkan teman-teman mencubanya sendiri.
Kalau di buku di katakan ada yg mencuba dengan tiga botol di mana botol ketiga tidak di beri label apa2 alias diabaikan / tidak dipedulikan, dan ternyata beras dalam botol yang diabaikan membusuk jauh lebih cepat dibandingkan botol yang dipapar kata " Kamu Bodoh".

Bayangkan apa yang akan terjadi dengan anak-anak kita, pasangan hidup kita, rakan-rakan kerja kita, dan orang-orang disekeliling kita, bahkan binatang dan tumbuhan disekeliling kita pun akan merasakan effect yang ditimbulkan dari getaran-getaran yang berasal dari pikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka.

Maka sebaiknya selalulah sedar dan bijaksana dalam memillih kata-kata yang akan keluar dari mulut kita, demikian juga pemanduan fikiran-fikiran yang timbul dalam pemikiran kita.

Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua.

*Ana berkenan paparkan infor ini di copy dari "blog sahabat ana". Jazaakallah atas infor dalam blog enta, izinkan ana post maklumat ini dalam blog ana pula. Moga kenalan kita sama2 mendapat menfaat dengannya. InsyaAllah.

Sunday, June 22, 2008

Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia termasuk dalam kaum itu..


Terkadang ana berfikir tentang perkara yg berlegar dalam "otak" muda mudi/remaja di atas.. Kita semua sedar bahawa ianya bukan perkara baru, dengan sebab itu marilah kita mencari segala pendekatan/doktrin untuk mencegahnya. Ana dah muak jika ditanya dalam hal berikut, "soalan" siapa yg bersalah?, adakah "budak2 berhingus ini?, ibu bapa, atau pemimpin?. Jika ditanya ana. Yang pertama jawapan ana ialah ibu bapa, kerana setiap anak yg dilahirkan, guru mereka yg pertama adalah ibu bapa. Yang kedua semestinya pemimpin, kerana setiap prasarana/kemudahan/pembangunan yg diwujudkan disekeliling muda/mudi yg dalam proses corakkan ini berkait rapat dengan kemudahan yg wujud. Hum..tak payah ana jelaskan, tepuk dada, tengok sekeliling, cari maklumat, dan buat kholasah. Jangan diangkat tangan letak ke dahi..
Ana tertarik dengan maklumat yg dirumus oleh PMRAM dalam majalah Suara Kampus milik association mereka. Ada disebut tentang perkara ini..
Keluarga adalah institusi pertama dan terpenting dalam mengelakkan berlakunya keruntuhan akhlak/genjala sosial. Namun, bagaimana ibu bapa mampu untuk menjaga anak2 mereka sekiranya persekitaran mereka sudah dicemari dengan pelbagai kemudahan yg boleh merosakkan akhlak. Kepada sesiapa lagi yg boleh diletakkan kepercayaan untuk mentadbir sebuah negara dengan sistem yang mampu membina keharmonian.
Seandainya Kerajaan sendiri tidak mementingkan masalah MORAL di kalangan ibu bapa, serta anak2 mereka (muda mudi). bagaimana pula mereka mahu menbina serta mencorakkan generasi yg akan datang..
Marilah kita bersama mengubahnya. Wallaahu a'llam.

Friday, April 25, 2008

Wednesday, March 5, 2008

Ya Allah.. Menangkanlah Pejuang-Mu..

Doa Tuan Guru Nik Aziz
Harakahdaily
Thu | Mar 06, 08 | 11:08:19 am

"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."


Ameen Ya Rabbal Alameen.

Tuesday, March 4, 2008

(PAS) Al-Quran Al-Sunnah Jadi Dasar Panduan, Dan Amalan.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz

Abdullah Ahmad Badawi.. Asyik Tidur, Makan Gaji Buta!!.


Bersama Ayat-Ayat Al-Quran Dalam Perjuangan Mempertahankan Kerajaan Islam
“Bersama Kepimpinan Ulama”

1. Masuk neraka kerana silap pilih pemimpin ketika di dunia

Firman Allah, Surah Ibrahim ayat 21.

Ertinya: “Dan mereka semuanya (di padang Masyar) akan berkumpul menghadap ke hadrat Allah, lalu berkatalah orang2 lemah kepada orang2 sombong “sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut2mu, maka dapatkah kamu menghindarkan daripada kami azab Allah (walaupun) sedikit saja?, mereka menjawab “seandainya Allah memberi petunjuk kepada kami, niscaya kami dapat memberi petunjuk kepadamu, sama saja bagi kita, apakah kita mengeluh atau bersabar, sekali2 kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri”.

2. Keluhan rakyat kepada Allah dalam neraka kerana silap pilih pemimpin

Firman Allah, Surah Ahzab 66-68.

Ertinya: “Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam negara, mereka berkata “alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul”.

Dan mereka berkata “Ya Allah, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin2 dan pembesar2 kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakan kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar”.

3. Rakyat akan bangkit di akhirat kelak bersama dengan pemimpin yang mereka pilih dalam pilihanraya

Firman Allah, Surah Isra’ 71.

Ertinya: “(ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) kami panggil tiap ummat dengan pemimpinnya dan barangsiapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitab itu, dan mereka tidak dianiaya sedikitpun”.

4. Rakyat berbangga di hadapan Allah kerana mengikut pemimpin yang beriman

Firman Allah, Surah Anbia’ 73.

Ertinya: “Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin2 yang memberi petunjuk dengan perintah kami dan telah kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada kamilah mereka selalu menyembah”.

5. Ummah yang baik ialah mereka yang menyeru kepada kebaikkan

Firman Allah, Surah Imran 104.

Ertinya: “Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang2 yang beruntung.

6. Berbanggalah sesungguhnya kita melangkah setapak berbanding pihak musuh

Firman Allah, Surah Nisa’ 104.

Ertinya: “Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya merekapun menderita kesakitan pula, sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari pada Allah apa yang tidak mereka harapkan, dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

7. Jihad mesti diteruskan

Firman Allah, Surah Taubah 41.

Ertinya: “Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui”.

8. Perjuangan Islam di suluh dengan mata hati

Firman Allah, Surah Taubah 42.

Ertinya: “Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutmu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan nama Allah “jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat”.

9. Perjuangan kita penyelamat ummah

Firman Allah, Surah Nisa’ 73.

Ertinya: “Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan membela orang2 yang lemah baik lelaki, wanita2 mahupun anak2 yang semuanya berdoa “Ya Tuhan kami, kelauarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau”.

10. Wasilah (pertalian) perjuangan berpaksikan Islam dan rakannya

Firman Allah, Surah Maidah 35.

Ertinya: “Hai orang2 yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan dir kepadaNya, dan berjihadlah pada jalanNya, supaya kamu mendapat keberuntungan”.

11. Ingat di hadapan kita ada mati dan segala apa yang berlaku padanya

Firman Allah, Surah Ali Imran 185.

Ertinya: “Tiap2 yang berjiwa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu, barangsiapa dijauhi dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung, kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan dan memperdayakan.


Fikirlah Masa Depan Kita Semua, Di Dunia Akhirat Sana…

Dan Pilihlah, ISLAM.

“Sesungguhnya Agama Di Sisi Allah Ialah Islam”.

Thursday, February 28, 2008

Pengerusi SPR Akan Jadi Betul-betul Gila Jika....

Kepada semua pejuang Islam dan keadilan jika ada yang berdoa ke hadrat ALLAH supaya menjadikan pengerusi SPR Tan Sri RASHID ABD RAHMAN SUPAYA MENJADI GILA HINGGA AKHIR HAYAT, maka memang benar ia akan jadi seorang yang gila...


Nabi pernah mendoakan seorang lelaki bernama Baghid bin Amir bin Hasyim supaya dilumpuhkan tangannya kerana menulis surat utk memboikot Nabi ketika di Makkah.(rujuk kitab sirah Ar-Rohikul Mahktum ms 109 versi Bhs Arab)"


sumber:

Thursday, February 21, 2008

بسم الله الرحمن الر حيم

ٌRuginya Orang Yang Meminum Arak:

Dari Abi Umamah, Dari Nabi SAW Bersabda:
" 3 jenis orang yang tidak akan masuk syurga....
1. Peminum arak
2. Orang yang memutuskan tali silaturrahim
3. Orang yang mempercayai ahli sihir.

Barang siapa yang meninggal dunia sebagai peminum arak, maka dia akan diberi minum oleh Allah SWT dari air sungai GHUTA, iaitu sebuah sungai yang mengalir airnya dari faraj kemaluan wanita pelacur.

Siti Aisyah RA berkata:-
" Rasulullah telah bersabda: Orang yang minum arak maka janganlah kamu kahwini, kalau sakit janganlah engkau ziarahi, dan bila mati janganlah engkau solati. Demi Allah yang mengutus saya sebagai nabi dengan membawa agama yang benar. Tidak akan mahu meminum arak kecuali orang-orang yang terkutuk. Baik diterangkan di dalam kitab Taurat, Injil, Zabur dan Furqan.
Barangsiapa yang memberi makan kepadanya meskipun sesuap sahaja, maka Allah SWT akan membelitkan ular dan kala jengking pada badannya. Barangsiapa yang melaksanakan keperluannya, maka bererti dia menghancurkan Islam. Barangsiapa meminjamkan wang kepadanya, bererti dia membantu membunuh seorang mukmin, dan barangsiapa mempergauli dia, maka akan dihalau oleh Allah dalam keadaan buta tanpa ada hujjah baginya"..


Sunday, February 3, 2008

Kepimpinan dan Pemerintahan Begini yg Dibanggakan UMNO??!!.

Apa yg istimewanya ada pada parti, pemimpin dan ahli umno?. Sedikitpun tiada manfaat dan faedah jika bersama mereka atau menyokong mereka. Mereka tidak malu mengatakan bahawa pemimpin dan diri mereka memperjuang, dan menjaga maruah Islam abad ini!, namun mereka tertipu bahawa pemimpin mereka dah biasa dengan "air setan" yang diharamkan muthlak oleh Islam!, apakah mereka ini sebenarnya?. Bersahabat dgn Kaffir Harbi yang darahnya halal bagi kita (Umat Islam) membunuhnya!!. Mereka tidak sedar hakikatnya mereka sedang menginjak2 Islam yg diperjuangkan oleh Baginda Rasulullah yg Mulia selama ini, dgn tipu daya dan muslihat mereka sendiri. Kali ini sama2 kita mengatakan TIDAK!! pada puak2 toghut dan parti UMNO, dan jom kita bersatu hati menolak mereka dalam PILIHANRAYA ke-12 nanti.
Dan bersama kita membentuk Malaysia serta rakyatnya dengan keutamaan ilmu, dan ketaqwaan dengan sebenar2nya pada Allah SWT. "Ya Allah.. Berilah Kemenangan Kepada Hamba2-Mu yang Ikhlas Berjuang Demi Melihat Daulah Islamiah, Agama yg Diredhai-Mu Ya Allah Tertegak Indah Di Atas Muka Bumi Malaysia ini Dan Memimpin Kami Dengan Ketenangan Dan Keadilan, Kami Yakin Dgn Pertolongan-Mu Ya Allah".. Ameen Ya Rabbal Alamin.

Saturday, February 2, 2008

Sedikit Catitan Ilmu & Kepimpinan Dalam Pergerakkan Islam- Kepastian Amal Islami Menurut Hassan Al Banna (Assyahid).

Alhamdulillah.. ana ingin kongsikan sedikit catitan/berbentuk nota yg ana telah ringkaskan. Jika kalian ingin meneruskan research ttgnya krn berminat, kalian bolehlah rujuk "Kitab kecil, GERAKAN ISLAM HASSAN AL-BANNA-KEPASTIAN AMAL ISLAMI MENURUT NYA".

قال الله تعالى
يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين أوتوا العلم درجات
"Allah mengangkat darjat orang2 beriman antara kamu dan orang2 yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.."

Pelbagai pendapat di sekitar manhaj/metode yang benar untuk Amal Islami. Sebahagian pendapat tersebut-dengan niat yg baik-dinisbahkan kepada Assyahid Hassan Al-Banna.

i- MARHALAH PERTAMA: DAKWAH AM.
Objektif:
a. Mendidik Ummat.
b. Membangkitkan Rakyat.
c. Mengubah Tradisi Umum.
d. Mensucikan Jiwa.
e. Membersihkan Rohani.
f. Mengumandang Prinsip2 Kebenaran.
g. Jihad.
h. Bekerja.
i. Sifat2 Keutamaan di Tengah2 Manusia -Al Mudzakarat H/142.

Enensiatif:
a. Kelas2 Belajar.
b. Ceramah2.
c. Khutbah2.
d. Menyebarkan Makalah2.
e. Mengirim Delegrasi2.
f. Program Rehlah/Pelancongan.
g. Sidang Akhbar.
h. Kunjung-Mengunjung.
i. Pendekatan2 Lain -Sebahagian Dari Pendekatan (Marhalah) Taarif.

ii. MARHALAH TAKWIM:
Enensiatif:
a. Pembentukkan Usrah.
b. Kesatuan2.
c. Kelompok Penunjuk Arah.
d. Ziarah.
e. Olahraga dan Sukan.
f. Lain2nya -Risalatul al-Mu'tamar.

Melaksanakan Kegiatan2 Amal. Kerja Sosial.
a. Mendirikan Masjid.
b. Memakmurkan Masjid.
c. Membuka Kelas Pengajian, Sekolah2.
d. Membuka Maktabah.
e. Mengelolakan Maktabah.
f. Mewujudkan Kelab2.
g. Melakukan Ishlah Antara Manusia di Kampung dan Kota.

Moga sedikit catitan ini memberi manfaat yg besar/banyak pada kita semua. Selamat bekerja untuk Islam, kerana Allah.




Kadang Kala Hidup Merumitkan. Besabarlah, dan Bertenanglah Azam.. Fasbir Sabran Jamilan.




Ya Allah.. Knp begitu besar fitnah dan begitu mencabar pengorbanan yg harus dilalui oleh hamba-Mu yg ingin ikhlas berjuang pd jalan-Mu?. Apatah lagi di akhir zaman ini. Berilah kesabaran yg mendalam dan kekuatan pdku setiap masa jua tika!..

"Keadaaan memaksa,
Jiwa aku ingin menjadi Egois semula,
Rentak aku terkadang hilang fi sabili hikmah,
Aku seksa dgn rasa ini,
aku rumit dgn perasaan ini,
berdepan dgn manusia hipokrit jahil agama,
namun besar kepala mengatakan "Iya, aku memahaminya (agama),
Aku tidak mahu sesiapa rimas terhadapku,
Aku tidak mahu sesiapa jengkel apabila bersamaku,
Aku jua insan seperti kamu,
Cuma berbeza, amarah ku lain tujuan denganmu,
Naluri ini sentiasa memujuk,
Agar sentiasa berhikmah denganmu,
Namun sampai bila ia akan terus memujuk?!,
Sampai bila?!..
Adakah dirimu ingin membentuk aku seperti pepasir dipantai?,
Adapun seperti lelalang-lalangan?,
Yang setiap hari menari, mengikut rentak alunannya angin,
Atau, yang berubah setiap kali ombak badai memukul?,
Tidak sama sekali!!,
Aku tidak mahu sedikitpun berkeadaan seperti itu,
Nun jauh disudut hati,
Mengalir di rongga2 pembuluh darahku ini,
Aku terus membajai semangat,
Semangat?,
Iya!,
Semangat untuk terus menjadi pejuang yg setiasa ikhlas,
Berdepan dengan sesiapa pun,
Moga aku mempunyai kelazatan, kemanisan, halwa dalam mengharungi keizzahan,
Keizzahan perubahan semasa yg tidak mungkin di elakkan pasti".

Menarikkah era Abdullah Badawi?!..
-Aku cuba merasa,
-Aku cuba selami,
-Aku cuma menghayati..

Nukilan rasa hati,
Aku, usrahmujahid_azam.
Huh!! sentiasa tidak!!.
-Lebih menyokong kepimpinan Ulama'.

Wednesday, January 30, 2008

Memandangkan Pilihanraya Mungkin Berlaku Bila2 Masa, Ini Deklarasi Rakyat Di Negeri Ana. Jangan Main-Main.




بسم الله الرحمن الرحيم

أوليك حزب الله الا إن حزب الله هم المفلحون
"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya parti (golongan) Allah itulah parti (golongan) yang beruntung"
-Surah Al Mujadalah 22

Bahawasanya kami rakyat Kelantan sedar, Televisyen dan akhbar kamu menipu kami, Kamu siarkan berita berat sebelah, Kamu menggelapkan berita benar, Kami sedar kamu mahu memancing dan membeli kami, Tidak akan kami menjual negeri kami, Tidak akan kami gadai ISLAM kami, Sedarlah kamu, Kamu Kelirukan agama, Kamu peralatkan tokoh agama seperti terompah kayu, Kamu tolak HUDUD, Kamu perlekehkan agama, Kamu persendakan ulama', Kamu paksa tokoh2 korporat tawan kami dengan gula2 ekonomi, Awas!! Kami tidak bodoh!! Kata apa yang hendak kamu kata, Perkosalah televisyen dan akhbar sepuas nafsu kamu, Kami akan tetap dengan perjuangan ISLAM kami.

"ISLAM CARA HIDUP KAMI!!
AL-QURAN PANDUAN KAMI!!
YA ALLAH YA TUHAN KAMI,
BERIKANLAH KEMENANGAN KEPADA ORANG2 YANG IKHLAS BERJUANG DEMI AGAMA-MU,
BINASAKANLAH MUSUH2 ISLAM, PENENTANG AGAMA-MU YA ALLAH,
PECAH BELAHKAN KESATUAN MEREKA,
BELENGGULAH MEREKA,
TETAPKAN KAMI DENGAN ISLAM,
MATIKANLAH KAMI SEMUA SEBAGAI MUJAHIDDIN,
SEBAGAI HAMBA-MU YANG SHOLIHIN,
AMEEN YA RABBAL ALAMIN.
ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR!!.

!! خيبر خيبر يا يهود جيش محمد سوف يعود

Hayati Alunan Nasyid Ditujukan Utk Perjuangan HAMAS Di Palestin-Khataaib Al Qassam.

*Anak ana, Wan Mujahid Adib suka sgt nasyid ni :-) .. anda bagaimana?.

Relax * Kalam Renungan * Muhasabah * Evolusi Diri * Amali


Sedikit catitan dalam diari ana ingin kongsikan. Dimana2 ana berada, kata2 semangat ini sentiasa menghiasi ruang minda ana, perhatikan:

" Tidak akan hilang satu kaum/golongan dari kalangan ummatku yang akan terus menegakkan kebenaran. Dan yang memusuhi golongan ini tidak akan memberi mudharat sedikitpun pada merela".
(Sabda Rasulullah SAW)


"Kita bukan mereka yang merintis jalan perjuangan ini, dan bukan kita pula yang mengakhiri perjuangan ini. Kita hanyalah mata rantai dari sekalian banyak pejuang2 agama Allah zaman-berzaman. Kita mempunyai keluarga yang luas, yang diikat dengan ikatan aqidah yang bertali arus dengan Baginda Rasulullah SAW".
(Assyahid Syed Qutb)


"Jika kamu hendak keluar, masuk, melompat2 dalam soff perjuangan ini, maka.. buatlah sekehendak hatimu. Lantaran tentera Allah tetap akan terus maju ke hadapan meninggalkan yang ragu2 dan berpura2".
(Assyahid Hassan Al-Banna)


Akhirnya.. renungi falsafah ana juga:

"Dalam mengharungi liku2 perjuangan ini, sentiasalah menangis krn Allah. Bukan krn manusia, krn manusia mereka juga makhluk seperti kita. Jua bukan krn perasaan. Krn perasaan, rasa kecil hati tidak perlu tertera dalam kamus hidup seorang pejuang".
(Mujahid_Azam)

Tuesday, January 29, 2008

VISI DAN MISI-EFEKTIF SWADAYA MANIFESTASI SUKSES


السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana memberi sekali lagi peluang dan secalit waktu untuk ana coretkan beberapa keluhan hati berkaitan dengan Visi dan Misi kita yang mengaku sebagai pejuang Islam. Iya.. pelbagai mehnah jua tribulasi menghiasi saat misi kita. Walaupun slogan, motto, visi yang sedap didengar, janganlah pula ianya sekadar sebagai halwa telinga atau sekadar sampingan sahaja. Namun Visi yg mantap, handaklah dihiasi dengan Misi yang menggerunkan pihak lawan.

Di dalam bab Visi dan Misi, sinonimnya dengan kehidupan berjemaah/berpersatuan/association. Jadi ana ingin mengajak perjuang2 Islam yang lain, bersama merenung kehidupan kita di dalam berjemaah, bersama sahabat2 kita, adakah kita melayani sahabat2/ukhwah2 kita, yang bersama kita berjuang, dengan layanan yang sebaiknya?.
Mereka sama pentingnya dengan kita sebagai aset buat jemaah.. jadi jomlah kita sama renung..

Allah SWT telah berfirman, Surah An Nisa' ayat 1, Ertinya:
" Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu, yang telah menciptakanmu dari diri yang satu dan daripadanya Allah menciptakan isteri dan daripadanya Allah memperkembangkan laki2 dan perempuan yang banyak, kamu saling meminta satu sama lain dan peliharalah hubungan silaturrahim, sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.."

Dan jika diteliti Hadith Rasulullah SAW, dari Riwayat Bukhari dan Muslim, ertinya:
" Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya".

Jadi..benarlah bahawa Islam menitik berat soal ukhwah/persaudaraan. Jika kita sebagai pejuang yang bergerak secara berjemaah, haruslah saling kenal mengenali, berkerjasama dan membuahkan fikrah yang jitu demi merealisasikan misi kita yang bersesuaian dengan lebih mantap lagi.

Ana ingin mengajak sahabat2 ana diluar sana (muslimin/muslimah), bersama kita renungkan, suasana yang lebih terseksa seperti yang berlaku kepada sahabat2 Islam kita yang berada di Palestin, di Chehnya, di Iraq.. mungkin disebabkan itulah, ukhwah sesama mereka di dalam jemaah semakin utuh dan kuat, bagaikan "dipicit paha kanan, paha kiri pun terasa sakit". Oh, alangkah indahnya apabila ukhwah islamiah kita di dalam jemaah sudah sebegitu rupa..

Perjuangan di bumi Malaysia bukanlah seteruk mana, paling teruk pun apabila di "ISA" kan..
namun ramai lagi pejuang2 yang ikhlas, berbondong2 untuk menguji keimanan dan keutuhan iman apabila berjuang sehingga di tahan dalam penjara, atau di "ISA" kan.
Itulah semangat yang disemai dalam ukhwah fi sabilillah.

Sahabat2ku..
Penutupnya, cuba kita renung, apa yang di hadapi oleh Rasulullah dan assabiquunal awwalun (sahabat2 terdahulu memeluk Islam) dalam menyampaikan misi dakwah mereka, dan apakah yang kita alami dalam penyebaran dakwah Islam, tak sama.. adakah kita pernah terluka, patah, berdarah, atau sebagainya?. Tetapi kita hanya digeruni dengan ugutan dan seksaan yang bakal dikenakan. Berjuanglah sehingga kemedan jaya wahai sahabat2ku. Dimanakah kita sebenarnya?, ketahuilah sahabat.. usah kita benarkan diri kita diselimuti buaian mimpi indah dunia yang merugikan jua mengasyikkan lagi.

Wassalam, salam ukhwah dari ana:



Beheading Kuffar Laknatullah..Saksikan Qisas





Lagi Penghinaan Musuh Islam Terhadap Islam!!!

Baru2 ini ana menerima mail dari sahabat ana. Alangkah terkejutnya manatap satu lagi penghinaan musuh Islam terhadap agama Islam. Mereka kerap kali melakukan sesuatu yang sensitif.. tapi sedikit pun hati mereka tidak tergoncang, digoncang oleh ummat Islam yg mejoriti di dunia ini. Kenapa agaknya??. Adakah mejoriti ummat Islam di dunia ini sudah hilang sensiviti terhadap agama tercinta, atau adakah kita semua telah menjadi ummat Islam yg tidak lagi berkualiti?.
Marilah sama2 kita muhasabah diri, mulai saat ini!!!.. saksikan gambar yg ana post buat tatapan kalian.

Bekas minuman yang dicorakan dengan lukisan beruang "Koala sedang melukis",
sekali kilas mesti tak perasan, tapi kuasa allah tu maha besar & agung memberikan penglihatan dan penelitian yang tajam supaya kita dapat mengenalpasti apa yang bercanggah disisi agama islam..
gambar ini telah diambil pada hari jumaat di perkarangan masjid yg bertentangan sunway piramid di PJ.

Monday, January 28, 2008

Memahami Konsep Istisyahadiah-PengeBom Berani Mati.


-Di abad ini, pelbagai gelaran dan panggilan yang diberi kepada pejuang2 Islam yang ikhlas memperjuangkan Islam, tidak kira menggunakan senjata atau tidak.. ummat Islam kini dilabel sebagai pengganas. Dan apabila mereka menghembus nafas terakhir krn terbunuh atau dibunuh.. mereka di anggap sebagai membunuh diri. Mulai saat ini, usahlah kita tertipu atau terikut2 dengan percakapan atau gelaran oleh manusia yg membenci pejuang2 Islam. Yang penting sekali.. jauhilah mentaliti kita daripada dihinggapi parasit Kaffir Laknatullah.. Na'uzubillah.

Syahidkah PengeBom Berani Mati?.. (Istisyahadiah)

* SYAHID DAN ISTISYAHADIAH

syahid berasal daripada kalimah (شهد) bermaksud orang yang terbunuh atau dibunuh fi sabilillah (pada jalan Allah). Dikatakan seseorang itu mati syahid, kata jama'nya ialah Syuhada'. Mazhab yang empat juga telah mentaarifkan pengertian syahid ini berdasarkan hujjah masing2, tetapi semuanya sepakat dalam menyifatkan seseorang yang dibunuh atau syahid fi sabilillah.

manakala Istisyahadiah pula, ialah perihal meminta syahid dengan mendedahkan dirinya untuk dibunuh atau terbunuh fi sabilillah. Kaedah bahasa arab menyatakan, sesuatu kalimah yang ditambah dengan huruf sin
(س) membawa maksud permintaan atau kehendak.

Perlu diketahui bahawa perkataan istisyahadiah (terbunuh, atau dibunuh fi sabilillah) berbeza dengan perkataan intihariah (membunuh diri) yang amat dibenci, dan dimurkai Allah.

Manhaj Istisyahadiah Relevan Sepanjang Zaman:

Konsep Istisyahadiah bukanlah perkara baru, tetapi telah berlaku dalam lipatan sejarah umat Islam terdahulu, Jom kita hebohkan..

PERTAMA: KISAH ASHAB AL UKHDUD (PARIT)
Firman Allah dalam Surah Al Buruj ayat 4-9 menceritakan tentang kisah yang berlaku sebelum kebangkitan Nabi Muhammad SAW.
Seorang ghulam yang tlh menyebabkan kemasukkan masyarakat pada zaman itu kedalam agama Islam secara beramai-ramai setelah dihukum mati oleh raja. Hukuman yg dijatuhkan gagal mematikan ghulam ini melainkan dengan menyebut nama Tuhan ghulam tersebut. Lalu digali parit dan dinyalakan api dengan maraknya bagi dimasukkan sesiapa sahaja yg masih beriman dan enggan kembali kepada ajaran asal mereka. Seorang demi seorang terjun dan masuk ke dalam parit api tersebut dengan kerelaan, sehingga lah giliran seorang ibu bersama anaknya yg masih kecil. Timbul ragu2 dihati ibu ini dan dengan takdir Allah bayi itu berbicara: Wahai ibuku, ibu bersama orang2 yang benar. Lalu terjunlah ibu bersama bayinya ke dalam api.

KEDUA: PERISTIWA PEPERANGAN BADAR
Rasulullah SAW bersabda ketika perang badar yang berlaku pada hari jumaat 17 Ramadhan tahun ke dua Hijrah:
Maksudnya: Dan demi diri Muhammad yang berada ditangannya, tiadalah seorang lelaki yang berperang pada hari ini mara tanpa berundur melainkan Allah memasukkannya ke dalam Syurga.
Apabila seorang sahabat yg sedang makan buah kurma mendengar hadith ini, di pun berkata: Tdk ada yg menghalang aku drpd memasuki Syurga melainkan buah kurma yang masih ada ditanganku. Lantas dia mengambil senjata dan masuk ke dalam kumpulan musuh seorang diri sahaja dan akhirnya dia telah dibunuh.
Peristiwa ini berlaku dihadapan Rasulullah dan sahabat2 yang lain, tanpa ada seorang pun yg mengingkarinya.

KETIGA: KHALIFAH ABU BAKAR MEMERANGI RIDDAH (MURTAD)
Khalid al Walid yang ditugaskan mengepalai tentera Islam pada waktu itu utk memerangi golongan murtad telah mengarahkan supaya membuat kepungan dan sekatan makanan. Golongan ini dipimpin oleh Musailamah al Kazzab dgn bantuan Sijah berada dalama sebuah kota.
Tiba2 muncul seorang pemuda yg bernama Thabit bin Qis bin Syamas membuat tawaran kepada Khalid al Walid utk dipergunakan dirinya dalam peperangan tersebut.
Rasulullah pernah bersabda padanya: Apakah kamu tidak redha hidup dalam keadaan baik, dan mati dalam keadaan syahid dan kamu akan masuk syurga dan kamu adalah ahli syurga.
Dan dia telah membuktikan kata2 Rasulullah padanya.
Thabit memberi tawaran seperti berikut: Letakkan diri saya dalam minjanik (alat utk membidas dan melontar), untuk saya buka pintu kota dari dalam, lontarkan diri saya dan saya akan mengamuk di dalam kota sehingga saya membuka pintu kota.
Dalam kejadian ini, Thabit mengalami cedera parah dan telah dibunuh, mati Syahid. Dia juga sempat membuka pintu kota sehingga tentera Islam berjaya masuk dan Musailamah telah dpt ditawan dan dibunuh.

Itulah sedikit khabar gembira buat pejuang2 Islam abad ini. Jgn pedulikan gelaran apa yg diberi oleh Kuffar dan ummat Islam yg Jahil tentang sejarah Islam.
Pelbagai kisah konsep istisyahadiah yg boleh kita ketemui. Contohnya, seperti dalam kisah KHALIFAH UMAR BRHADAPAN DENGAN ROM, PEMBUKAAN KONTANTINOPAL dan lain2 lagi...banyakkan membaca sejarah Islam ya..

APA KATA DAN MENURUT PENDAPAT ULAMA' MASA KINI:
-Menurut DR Wahbah Zuhaili yg merupakan Ketua Jabatan Fiqh dan Usulnya di Fakulti Syariah Universiti Damsyiq, bahawa ia merupakan satu keharusan dgn izin Allah SWT. Kerana perubatan seumpama itu menjadi satu keperluan syara' pada hari ini.

-DR Muhammad Said Ramadhan Al-Bhuti Ketua Jabatan Aqidah dan Adyan, Fakulti Syariah U Damsyiq menyatakan bahawa tindakan ini dibenarkan dalam Islam 100% dengan syarat berniat untuk menghapuskan musuh.

Moga Allah memberi kemenangan buat Mujahiddin disuluruh dunia..
"Allahumma suril mujahidin fi kulli makan, wa kulli zaman"..
"Nahnu Fidaaka Ya Rasulullah"

50 TANDA ORANG MUNAFIQ MENURUT AL-QURAN

  1. malas beribadat kepada Allah SWT
  2. lupa kepada Allah
  3. melalaikan solat fardhu
  4. mempercepatkan mengerjakan solat
  5. gemar meninggalkan solat berjemaah
  6. meninggalkan solat jumaat
  7. melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi
  8. menyuruh yang mungkar dan melarang yang ma'aruf
  9. menyembunyikan llmu pengetahuan
  10. mengamalkan riya'
  11. hasad dengki
  12. dusta
  13. mungkir janji
  14. bakhil
  15. fitnah
  16. mencaci maki
  17. mengumpat
  18. mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
  19. mengingkari takdir Allah
  20. mempersendakan kesucian agama
  21. enngan berjihad fi sabilillah
  22. menghina sahabat2 Rasulullah SAW
  23. menyembuyikan penyaksian pada jalan yang benar
  24. menangguhkan pembayaran hutang
  25. menipu dalam muamalat/jual beli
  26. ghasab (mengambil tanah tanpa hak)
  27. duduk dan bercampur dengan orang2 yang memperolok ayat Allah
  28. memakan harta anak yatim
  29. membuka rahsia orang lain
  30. merasa aman dari murka Allah apabila ia berbuat dosa
  31. memanggil orang dengan gelaran yang tidak disukai
  32. menghalangi orang dari mengamalkan ajaran Islam
  33. suka kepada keresahan, dan menyesatkan orang
  34. bermuka dua
  35. menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan yang sebenarnya
  36. sombong antara sesama manusia
  37. suka berbantah dan bertengkar sesama muslim
  38. melampaui batas yang digariskan oleh Allah
  39. berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
  40. membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah
  41. keluh resah apabila ditimpa musibah
  42. mengkhianati sesuatu amanat
  43. memutuskan hubungan silaturrahim
  44. memecah belahkan perpaduan kaum muslimin
  45. menghalalkan perkara haram
  46. membuat kerosakkan di muka bumi
  47. menuduh orang yang beriman bodoh
  48. mengubah dan menyalah gunakan ayat2 Allah
  49. bersumpah dengan selain nama Allah
  50. merasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.
فمن شآء ذكرة

Astagfirullah Al A'zim..terkadang jika direnungi, sikap diri ana pun banyak yg tersurat dalam point2 di atas.. Jom, kita pakat2 muhasabah diri sendiri. moga kita dijauhi dari cerlaan Rabb Alamin. Na'uzubillah..

Relex Minda Sikit.. Apa Kata Kita Bersama Renungi Bait2 dalam Lagu Tema Perjuangan Ana :-)


LAGU TEMA PAS

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah menempuh cabaran.

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansarullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang buka alasannya
Sucikan niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Selamatkanlah Parti Islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siyasah
Berpedomankan Al-Quran dan Sunnah
Suburkanlah hidupnya dan pasti berubah

Tanpa Jihad Islam Hancur!!

السلام عليكم ورحمة الله
Alhamdulillah, Awwalan.. Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana masih diberi nikmat merasai segarnya udara dimuka bumi-Nya ini. Juga tidak dilupakan setiap tika selawat serta salam buat junjungan besar Khatamun-Nabi: Muhammad SAW, keluarga, serta sahabat-sahabat perjuangan Baginda. Jika direnungkan.. amat besar perjuangan yang mereka tinggalkan dan wariskan pada kita (ummatnya).

Baiklah, diruangan yg firstime ni, kadang-kala terfikir juga bab apa yg ingin diutarakan.. namun, alhamdulillah.. tiba2 diterjahnya minda dan digoncangnya hati ini untuk berbicara tentang salah satu pekerjaan yg amat besar dalam agama kita (Islam), dan jika dihisab2 balik, ia juga adalah tukar ganti yg amat besar fadhilat serta ganjaran disisi Allah SWT. Nah!! jika tidak percaya, cubalah teliti dan renungi Kalam Ilahi: Surah As Saf ayat 10-13. Yang bermaksud:

" Hai orang-orang yang beriman! Akan Kutunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang dapat membebaskan kamu dari seksa yang pedih? Kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjuang di jalan Allah (kebaikkan) dengan harta dan diri kamu. Itulah yang lebih baik untuk kamu, kalau kiranya kamu mengetahui. Tuhan akan mengampuni dosa dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya (iaitu) tempat tinggal yang indah di dalam taman A'dn (abadi). Itulah keberuntungan yang besar, dan (pemberian) yang lain yang amat kamu cintai. Sebab itu, sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman!".

itulah perjuangan (JIHAD FI SABILILLAH) yang ingin saya ajak sahabat/sahabiah diluar sana sama2 bicarakan..

Dalam Firman-Nya yg lain, Surah At Taubah ayat 111, Allah SWT telah berfirman, maksudnya:

" Sesungguhnya Allah telah membeli diri dan harta orang-orang yang beriman dengan memberikan syurga untuk mereka, mereka berperang di jalan Allah, sebab itu mereka membunuh dan terbunuh, menurut janji yang sebenarnya dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan Al-Quran. Siapakan yang lebih memenuhi janjinya terhadap perjanjian yang telah ada antara kamu dengan Allah. Dan itulah keberuntungan yang besar".

MasyaAllah!!, tgk.. itulah agaknya yg bermain di dalam diri, hati, dan kotak minda para Mujahiddin diseluruh pelusuk dunia ini. Yang berjuang, terus berjuang bagaikan singa lapar, membaham musuh2 Islam yg tdk henti2 mempersenda Islam di merata tempat.

Di bumi Malaysia yg bertuah ini, pelbagai ragam musuh Islam mempersendakan Islam.. dengan pelbagai cara, dengan pelbagai metode, dengan pelbagai rupa, dengan pelbagai...segala2nya ruang yg mereka ada. Namun..yg sedihnya, mengapa seperti terlena saja umat Islam di negara Malaysia ini?, seperti tidak kisah dgn apa yg berlaku.. yg lebih kronik lagi berlaku pada agama mereka (ISLAM!!).

marilah kita sama2 menghayati dan jika boleh cuba amalkan dlm kehidupan kita seusrah (sekeluarga), mulai saat ini, sekarang!!.. seperti yg diwasiatkan oleh Assyahid Abdullah Azzam:

Para Muslimin:
"kehidupan kalian adalah Jihad, kemuliaan kalian juga terhasil dari Jihad dan kewujudan kalian di atas muka bumi ini, terikat dengan ikatan yang berpanjangan dengan Jihad.
Kalian telah lama di pertidurkan. Sedangkan musuh2 Islam bermaharajalela di muka bumi ini. Mengapa kita menjadi hamba abdi yang dibelenggu leher, dan bukannya menjadi pahlawan yang dibaluti dengan baju2 besi. Bilakah kita mahu merungkai belenggu tersebut?.."


Para Ulama':
Majulah kalian untuk memimpin generasi ini yg sangat dahagakan untuk kembali kepada Tuhannya. Dan janganlah terbelunggu atau cenderung kepada duniawi.
Jauhilah janji2 manis pemberian dan sogokkan Thogut kerana sesungguhnya hidangan dan sogokkan itu akan menggelapkan hati dan mematikan fikirkan serta menjadi benteng yang menghalang hubungan kalian dengan masyarakat".


Para Pendakwah:
Janganlah kalian tertipu dengan cita2 yang tidak kesampaian, dan janganlah kalian tertipu dengan mereka yang amat penipu. Hindarilah diri kalian dari merasa hebat dengan jumlah kitab2 yang dibaca. Janganlah merasa megah dan mencukupi dengan solat2 sunat yang kalian telah biasakan.
Tidak berharga kalian berpanas di bawah matahari melainkan jika kalian menyandang senjata bagi menghadapi golongan Thogut yang melampau, orang2 kafir dan orang2 zalim yang semakin bermaharajalela".


Para Belia/Remaja/Pemuda:
Bisakanlah diri kalian dengan nyanyian dan alunan letupan peluru senjata2 berat, serat gegap gempita jet2 pejuang, serta kereta kebal.
Jauhilah nyanyian2 lembut dan muzik yang mengasyikkan dengan hamparan permaidani merah.


Para Muslimah:
Jauhilah kemewahan kerana ia adalah musuh kepada Jihad. Ia juga pembinasa diri manusia. Janganlah menuntut sesuatu yang berlebihan, cukuplah sekadar keperluan sahaja.
Didiklah anak2 kalian dengan kegagahan dan kejantanan serta kepahlawanan dan Jihad.
Jadikanlah rumah2 kalian sebagai kandang2 singa, dan bukannya reban2 ayam yang menunggu gemuk untuk disembelih oleh Thogut.
Hiduplah kalian dengan tidak melupakan penderitaan yang ditanggung oleh ummat Islam.
Cubalah sedaya upaya menjadikan sehari dalam seminggu sekurang2nya hidup sebagai muhajirin dan mujahiddin, dengan hanya memakan sekeping roti kering tanpa lauk, dan meminum secawan teh tanpa gula"...

sama2 kita muhasabah diri..kita.
Wassalam utk kali ini, dan salam ukhwah dari ana.