Friday, August 8, 2008

Metode Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Dalam Memimpin..

Alhamdulillah, keizinan oleh Allah akhirnya diberi buat ana untuk melakar sedikit coretan berkaitan metode tuan guru yg amat ana kagumi. Di bumi subur tempat ana berpijak adalah tanah dibawah kepimpinan beliau, dan ana amat bersyukur pada Allah yg mengurniakannya..

Pentadbiran Tuan Guru adalah bermoto slogan dan berlandaskan "Membangun Bersama Islam", yang mempunyai tiga sendi utama:

1. UBUDIYYAH - firman Allah SWT : Maksudnya: " Dan (ingatlah) Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku".
(Surah Al-Dzariyat 56)

2. MAS'ULIYYAH - firman Allah SWT : Maksudnya: "Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu (akhirat), tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!".
(Surah Al-Takathur 8)

3. ITQAN - sabda Rasulullah SAW : Maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT mengasihi seseorang daripada kamu apabila melakukan sesuatu perkerjaan, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh".

KEHEBATAN dan kredibiliti Tuan Guru dalam pemerintahan terserlah ketika memegang tampuk pemerintahan Negeri Kelantan sebagai Menteri Besar bermula pd tahun 1990 sehingga kini. Di saat itu, bermulalah satu era pemerintahan di bawah kepimpinan ulama'. Perubahan demi perubahan dilakukan dan telah dilaksanakan di negeri bertuah ini, supaya negeri ini diberkati dan dirahmati Allah SWT, serta memastikan semua urusan pemerintahan selari dengan syariat Islam, sesuai dengan slogan "Membangun Bersama Islam".
Dengan itu, khususnya rakyat Kelantan bersama kita memastikan bahawa segala usaha dan gerak kerja dilakukakn dengan ikhlas serta bersungguh-sungguh bagi memastikan Kelantan serta semua negeri di bawah kepimpinan kita (Pakatan Rakyat) terus dipertahankan dengan segala yg kita ada. Bekerjalah untuk Islam, dan kerana Allah.

Ilalliqa'.

No comments: