ٌRuginya Orang Yang Meminum Arak:
Dari Abi Umamah, Dari Nabi SAW Bersabda:
" 3 jenis orang yang tidak akan masuk syurga....
1. Peminum arak
2. Orang yang memutuskan tali silaturrahim
3. Orang yang mempercayai ahli sihir.
Barang siapa yang meninggal dunia sebagai peminum arak, maka dia akan diberi minum oleh Allah SWT dari air sungai GHUTA, iaitu sebuah sungai yang mengalir airnya dari faraj kemaluan wanita pelacur.
Siti Aisyah RA berkata:-
" Rasulullah telah bersabda: Orang yang minum arak maka janganlah kamu kahwini, kalau sakit janganlah engkau ziarahi, dan bila mati janganlah engkau solati. Demi Allah yang mengutus saya sebagai nabi dengan membawa agama yang benar. Tidak akan mahu meminum arak kecuali orang-orang yang terkutuk. Baik diterangkan di dalam kitab Taurat, Injil, Zabur dan Furqan.
Barangsiapa yang memberi makan kepadanya meskipun sesuap sahaja, maka Allah SWT akan membelitkan ular dan kala jengking pada badannya. Barangsiapa yang melaksanakan keperluannya, maka bererti dia menghancurkan Islam. Barangsiapa meminjamkan wang kepadanya, bererti dia membantu membunuh seorang mukmin, dan barangsiapa mempergauli dia, maka akan dihalau oleh Allah dalam keadaan buta tanpa ada hujjah baginya"..
Thursday, February 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment