Harakahdaily Thu | Mar 06, 08 | 11:08:19 am | |
"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia." "Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami." "Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia." "Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah." "Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu." "Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian." Ameen Ya Rabbal Alameen. |
Wednesday, March 5, 2008
Ya Allah.. Menangkanlah Pejuang-Mu..
Tuesday, March 4, 2008
(PAS) Al-Quran Al-Sunnah Jadi Dasar Panduan, Dan Amalan.
“Bersama Kepimpinan Ulama”
1. Masuk neraka kerana silap pilih pemimpin ketika di dunia
Firman Allah, Surah Ibrahim ayat 21.
Ertinya: “Dan mereka semuanya (di padang Masyar) akan berkumpul menghadap ke hadrat Allah, lalu berkatalah orang2 lemah kepada orang2 sombong “sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut2mu, maka dapatkah kamu menghindarkan daripada kami azab Allah (walaupun) sedikit saja?, mereka menjawab “seandainya Allah memberi petunjuk kepada kami, niscaya kami dapat memberi petunjuk kepadamu, sama saja bagi kita, apakah kita mengeluh atau bersabar, sekali2 kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri”.
2. Keluhan rakyat kepada Allah dalam neraka kerana silap pilih pemimpin
Firman Allah, Surah Ahzab 66-68.
Ertinya: “Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam negara, mereka berkata “alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul”.
Dan mereka berkata “Ya Allah, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin2 dan pembesar2 kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakan kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar”.
3. Rakyat akan bangkit di akhirat kelak bersama dengan pemimpin yang mereka pilih dalam pilihanraya
Firman Allah, Surah Isra’ 71.
Ertinya: “(ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) kami panggil tiap ummat dengan pemimpinnya dan barangsiapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitab itu, dan mereka tidak dianiaya sedikitpun”.
4. Rakyat berbangga di hadapan Allah kerana mengikut pemimpin yang beriman
Firman Allah, Surah Anbia’ 73.
Ertinya: “Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin2 yang memberi petunjuk dengan perintah kami dan telah kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada kamilah mereka selalu menyembah”.
5. Ummah yang baik ialah mereka yang menyeru kepada kebaikkan
Firman Allah, Surah Imran 104.
Ertinya: “Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang2 yang beruntung.
6. Berbanggalah sesungguhnya kita melangkah setapak berbanding pihak musuh
Firman Allah, Surah Nisa’ 104.
Ertinya: “Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya merekapun menderita kesakitan pula, sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari pada Allah apa yang tidak mereka harapkan, dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana”.
7. Jihad mesti diteruskan
Firman Allah, Surah Taubah 41.
Ertinya: “Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui”.
8. Perjuangan Islam di suluh dengan mata hati
Firman Allah, Surah Taubah 42.
Ertinya: “Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutmu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan nama Allah “jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat”.
9. Perjuangan kita penyelamat ummah
Firman Allah, Surah Nisa’ 73.
Ertinya: “Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan membela orang2 yang lemah baik lelaki, wanita2 mahupun anak2 yang semuanya berdoa “Ya Tuhan kami, kelauarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau”.
10. Wasilah (pertalian) perjuangan berpaksikan Islam dan rakannya
Firman Allah, Surah Maidah 35.
Ertinya: “Hai orang2 yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan dir kepadaNya, dan berjihadlah pada jalanNya, supaya kamu mendapat keberuntungan”.
11. Ingat di hadapan kita ada mati dan segala apa yang berlaku padanya
Firman Allah, Surah Ali Imran 185.
Ertinya: “Tiap2 yang berjiwa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu, barangsiapa dijauhi dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung, kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan dan memperdayakan.
Fikirlah Masa Depan Kita Semua, Di Dunia Akhirat Sana…
Dan Pilihlah, ISLAM.
“Sesungguhnya Agama Di Sisi Allah Ialah Islam”.