Friday, April 25, 2008

Wednesday, March 5, 2008

Ya Allah.. Menangkanlah Pejuang-Mu..

Doa Tuan Guru Nik Aziz
Harakahdaily
Thu | Mar 06, 08 | 11:08:19 am

"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."


Ameen Ya Rabbal Alameen.

Tuesday, March 4, 2008

(PAS) Al-Quran Al-Sunnah Jadi Dasar Panduan, Dan Amalan.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz

Abdullah Ahmad Badawi.. Asyik Tidur, Makan Gaji Buta!!.


Bersama Ayat-Ayat Al-Quran Dalam Perjuangan Mempertahankan Kerajaan Islam
“Bersama Kepimpinan Ulama”

1. Masuk neraka kerana silap pilih pemimpin ketika di dunia

Firman Allah, Surah Ibrahim ayat 21.

Ertinya: “Dan mereka semuanya (di padang Masyar) akan berkumpul menghadap ke hadrat Allah, lalu berkatalah orang2 lemah kepada orang2 sombong “sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut2mu, maka dapatkah kamu menghindarkan daripada kami azab Allah (walaupun) sedikit saja?, mereka menjawab “seandainya Allah memberi petunjuk kepada kami, niscaya kami dapat memberi petunjuk kepadamu, sama saja bagi kita, apakah kita mengeluh atau bersabar, sekali2 kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri”.

2. Keluhan rakyat kepada Allah dalam neraka kerana silap pilih pemimpin

Firman Allah, Surah Ahzab 66-68.

Ertinya: “Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam negara, mereka berkata “alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul”.

Dan mereka berkata “Ya Allah, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin2 dan pembesar2 kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakan kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar”.

3. Rakyat akan bangkit di akhirat kelak bersama dengan pemimpin yang mereka pilih dalam pilihanraya

Firman Allah, Surah Isra’ 71.

Ertinya: “(ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) kami panggil tiap ummat dengan pemimpinnya dan barangsiapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitab itu, dan mereka tidak dianiaya sedikitpun”.

4. Rakyat berbangga di hadapan Allah kerana mengikut pemimpin yang beriman

Firman Allah, Surah Anbia’ 73.

Ertinya: “Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin2 yang memberi petunjuk dengan perintah kami dan telah kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada kamilah mereka selalu menyembah”.

5. Ummah yang baik ialah mereka yang menyeru kepada kebaikkan

Firman Allah, Surah Imran 104.

Ertinya: “Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang2 yang beruntung.

6. Berbanggalah sesungguhnya kita melangkah setapak berbanding pihak musuh

Firman Allah, Surah Nisa’ 104.

Ertinya: “Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya merekapun menderita kesakitan pula, sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari pada Allah apa yang tidak mereka harapkan, dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

7. Jihad mesti diteruskan

Firman Allah, Surah Taubah 41.

Ertinya: “Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui”.

8. Perjuangan Islam di suluh dengan mata hati

Firman Allah, Surah Taubah 42.

Ertinya: “Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutmu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan nama Allah “jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat”.

9. Perjuangan kita penyelamat ummah

Firman Allah, Surah Nisa’ 73.

Ertinya: “Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan membela orang2 yang lemah baik lelaki, wanita2 mahupun anak2 yang semuanya berdoa “Ya Tuhan kami, kelauarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau”.

10. Wasilah (pertalian) perjuangan berpaksikan Islam dan rakannya

Firman Allah, Surah Maidah 35.

Ertinya: “Hai orang2 yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan dir kepadaNya, dan berjihadlah pada jalanNya, supaya kamu mendapat keberuntungan”.

11. Ingat di hadapan kita ada mati dan segala apa yang berlaku padanya

Firman Allah, Surah Ali Imran 185.

Ertinya: “Tiap2 yang berjiwa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu, barangsiapa dijauhi dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung, kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan dan memperdayakan.


Fikirlah Masa Depan Kita Semua, Di Dunia Akhirat Sana…

Dan Pilihlah, ISLAM.

“Sesungguhnya Agama Di Sisi Allah Ialah Islam”.

Thursday, February 28, 2008

Pengerusi SPR Akan Jadi Betul-betul Gila Jika....

Kepada semua pejuang Islam dan keadilan jika ada yang berdoa ke hadrat ALLAH supaya menjadikan pengerusi SPR Tan Sri RASHID ABD RAHMAN SUPAYA MENJADI GILA HINGGA AKHIR HAYAT, maka memang benar ia akan jadi seorang yang gila...


Nabi pernah mendoakan seorang lelaki bernama Baghid bin Amir bin Hasyim supaya dilumpuhkan tangannya kerana menulis surat utk memboikot Nabi ketika di Makkah.(rujuk kitab sirah Ar-Rohikul Mahktum ms 109 versi Bhs Arab)"


sumber:

Thursday, February 21, 2008

بسم الله الرحمن الر حيم

ٌRuginya Orang Yang Meminum Arak:

Dari Abi Umamah, Dari Nabi SAW Bersabda:
" 3 jenis orang yang tidak akan masuk syurga....
1. Peminum arak
2. Orang yang memutuskan tali silaturrahim
3. Orang yang mempercayai ahli sihir.

Barang siapa yang meninggal dunia sebagai peminum arak, maka dia akan diberi minum oleh Allah SWT dari air sungai GHUTA, iaitu sebuah sungai yang mengalir airnya dari faraj kemaluan wanita pelacur.

Siti Aisyah RA berkata:-
" Rasulullah telah bersabda: Orang yang minum arak maka janganlah kamu kahwini, kalau sakit janganlah engkau ziarahi, dan bila mati janganlah engkau solati. Demi Allah yang mengutus saya sebagai nabi dengan membawa agama yang benar. Tidak akan mahu meminum arak kecuali orang-orang yang terkutuk. Baik diterangkan di dalam kitab Taurat, Injil, Zabur dan Furqan.
Barangsiapa yang memberi makan kepadanya meskipun sesuap sahaja, maka Allah SWT akan membelitkan ular dan kala jengking pada badannya. Barangsiapa yang melaksanakan keperluannya, maka bererti dia menghancurkan Islam. Barangsiapa meminjamkan wang kepadanya, bererti dia membantu membunuh seorang mukmin, dan barangsiapa mempergauli dia, maka akan dihalau oleh Allah dalam keadaan buta tanpa ada hujjah baginya"..


Sunday, February 3, 2008

Kepimpinan dan Pemerintahan Begini yg Dibanggakan UMNO??!!.

Apa yg istimewanya ada pada parti, pemimpin dan ahli umno?. Sedikitpun tiada manfaat dan faedah jika bersama mereka atau menyokong mereka. Mereka tidak malu mengatakan bahawa pemimpin dan diri mereka memperjuang, dan menjaga maruah Islam abad ini!, namun mereka tertipu bahawa pemimpin mereka dah biasa dengan "air setan" yang diharamkan muthlak oleh Islam!, apakah mereka ini sebenarnya?. Bersahabat dgn Kaffir Harbi yang darahnya halal bagi kita (Umat Islam) membunuhnya!!. Mereka tidak sedar hakikatnya mereka sedang menginjak2 Islam yg diperjuangkan oleh Baginda Rasulullah yg Mulia selama ini, dgn tipu daya dan muslihat mereka sendiri. Kali ini sama2 kita mengatakan TIDAK!! pada puak2 toghut dan parti UMNO, dan jom kita bersatu hati menolak mereka dalam PILIHANRAYA ke-12 nanti.
Dan bersama kita membentuk Malaysia serta rakyatnya dengan keutamaan ilmu, dan ketaqwaan dengan sebenar2nya pada Allah SWT. "Ya Allah.. Berilah Kemenangan Kepada Hamba2-Mu yang Ikhlas Berjuang Demi Melihat Daulah Islamiah, Agama yg Diredhai-Mu Ya Allah Tertegak Indah Di Atas Muka Bumi Malaysia ini Dan Memimpin Kami Dengan Ketenangan Dan Keadilan, Kami Yakin Dgn Pertolongan-Mu Ya Allah".. Ameen Ya Rabbal Alamin.

Saturday, February 2, 2008

Sedikit Catitan Ilmu & Kepimpinan Dalam Pergerakkan Islam- Kepastian Amal Islami Menurut Hassan Al Banna (Assyahid).

Alhamdulillah.. ana ingin kongsikan sedikit catitan/berbentuk nota yg ana telah ringkaskan. Jika kalian ingin meneruskan research ttgnya krn berminat, kalian bolehlah rujuk "Kitab kecil, GERAKAN ISLAM HASSAN AL-BANNA-KEPASTIAN AMAL ISLAMI MENURUT NYA".

قال الله تعالى
يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين أوتوا العلم درجات
"Allah mengangkat darjat orang2 beriman antara kamu dan orang2 yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.."

Pelbagai pendapat di sekitar manhaj/metode yang benar untuk Amal Islami. Sebahagian pendapat tersebut-dengan niat yg baik-dinisbahkan kepada Assyahid Hassan Al-Banna.

i- MARHALAH PERTAMA: DAKWAH AM.
Objektif:
a. Mendidik Ummat.
b. Membangkitkan Rakyat.
c. Mengubah Tradisi Umum.
d. Mensucikan Jiwa.
e. Membersihkan Rohani.
f. Mengumandang Prinsip2 Kebenaran.
g. Jihad.
h. Bekerja.
i. Sifat2 Keutamaan di Tengah2 Manusia -Al Mudzakarat H/142.

Enensiatif:
a. Kelas2 Belajar.
b. Ceramah2.
c. Khutbah2.
d. Menyebarkan Makalah2.
e. Mengirim Delegrasi2.
f. Program Rehlah/Pelancongan.
g. Sidang Akhbar.
h. Kunjung-Mengunjung.
i. Pendekatan2 Lain -Sebahagian Dari Pendekatan (Marhalah) Taarif.

ii. MARHALAH TAKWIM:
Enensiatif:
a. Pembentukkan Usrah.
b. Kesatuan2.
c. Kelompok Penunjuk Arah.
d. Ziarah.
e. Olahraga dan Sukan.
f. Lain2nya -Risalatul al-Mu'tamar.

Melaksanakan Kegiatan2 Amal. Kerja Sosial.
a. Mendirikan Masjid.
b. Memakmurkan Masjid.
c. Membuka Kelas Pengajian, Sekolah2.
d. Membuka Maktabah.
e. Mengelolakan Maktabah.
f. Mewujudkan Kelab2.
g. Melakukan Ishlah Antara Manusia di Kampung dan Kota.

Moga sedikit catitan ini memberi manfaat yg besar/banyak pada kita semua. Selamat bekerja untuk Islam, kerana Allah.