Sunday, August 31, 2008

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Dikesempatan ini, ana seusrah ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan yg penuh keberkatan buat semua muslimin, serta muslimat di luar sana. Di doakan moga bulan Ramadhan tahun ini membawa seribu erti kesabaran, ketaqwaan, dan keindahan dlm hidup kita. Dan sama2 kita menghayati Kalam Rasul saw..
RAMADHAN..
"Awalannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirannya bebas dari api neraka".

Tuesday, August 26, 2008

Jom kita intai sejarah: "Tribulasi Assyahid Hassan Al Banna dan Ikhwanul Muslimin".



Ikhwanul Muslimin?.. Ana yakin ramai sahabat2 yg menatap blog ana ini mengerti dan tahu ttg sejarah kewujudannya. Disini ana hanya ingin ungkap tribulasi yg dilalui oleh Jemaah yg kita kagumi ini pd suatu ketika dahulu, yg amat memeritkan. Sama2 kita rasai roh perjuangan Assyahid Hassan Al Banna..

Kita semua tahu, perjuangan Ikhwanul Muslimin berjaya merubah sikap dan pegangan masyarakat. Manusia2 yg menerima seruan yg dibawa, dibersihkan aqidah mereka dan disatukan bagi mendokong perjuangan Islam yg suci.

Pemimpin2 sekular Mesir begitu benci dengan kejayaan perjuangan yg di bawa oleh Assyahid Imam Hassan Al Banna. Berbagai perancangan dibuat bagi menumpaskannya.

Dalam tahun 1948, Ikhwanul Muslimin telah diharamkan. Beribu2 orang ahlinya ditangkap dan dipenjara. Harta benda mereka dirampas. Pemimpinnya..Imam Asyahid Hassan Al Banna, ditembak mati ketika berjalan keluar dari Markaz Jami'ah As Syubbanil Muslimin.

Tidak setakat itu, angkatan bersenjata Mesir kemudiannya mengepung rumah Assyahid. Tidak ada sesiapa pun yg dibenarkan pergi kesitu. Ayah Assyahid, seorang tua yg telah lanjut usianya, melebihi 90 tahun menerima berita itu dari seorang panglima angkatan bersenjata Mesir. Dia terus berjaga malam dan menunggu kedatangan fajar utk menunaikan suruhan Allah. Sambil berkata " Maha Suci Engkau dan KeadilanMu wahai Tuhanku.. mereka telah membunuh anakku".

Sejurus kemudian, selepas ketukan yg bertubi2, mereka membuka pintu dan menghulurkan jenazah Assyahid. Si ayah menangis, namun dengan bongkak askar2 yg menghantar jenazah itu berkata " Tidak ada tangisan dan tidak ada laungan, tidak ada tunjuk perasaan ataupun perkabungan, tidak ada solat jenazah kecuali engkau seorang sahaja!".

Kekejaman angkatan bersenjata Mesir ketara apabila mereka tidak membenarkan orang lain membawa keranda Assyahid ke perkuburan. Jadi, keranda Assyahid Hassan Al Banna dipikul oleh isteri dan anak2 perempuannya. Masjid tempat solat jenazah diadakan kepungan. Hanya ayahnya sahaja yg dibenarkan bersolat.

Kezaliman mereka tidak terkira. Sesiapa pun tidak dibenarkan menghadiahkan bacaan2 ayat2 Al-Quran kpd Assyahid. Seorang lelaki yg membaca Al-Fatihah apabila melihat keranda Assyahid diusung ke perkuburan didera dengan hebat..

Namun, beruntunglah Assyahid Imam Hassan Al Banna. Kerana, bukankah sebaik2 kematian itu adalah MATI SYAHID?, Allaahuakbar!!.

*Bila ana menatapi episod perjuangan Assyahid dan Jemaah Ikhwanul muslimin, seakan terasa Malaysia pun pernah mengukir sejarah berdarah, dengan Memali menjadi pentasnya.. polis memainkan peranan yg amat jahat dan terkutuk sekali dlm episod berdarah itu, tok dalangnya adalah pemimpin2 umno yg ber-ideologi sekular nasionalis. Sedih, sayu dan pilu..seakan sama sejarahnya. :-(

Sunday, August 17, 2008

Tanpa Jihad Islam Hancur..



"Kerajaan yg paling berharga,
Yg dibangunkan di atas korban,
Tikaman bagaikan madu,
Bagi yg menyintai..
Apa seorang raja dpt memerintah,
Jika pedangnya tumpul?,
Dan burung-burung mencari daging,
Ditempat penyembelihan..

Mati lebih hormat bagiku,
Sabar lebih indah bagiku,
Keluhuran pasti lurus jika Islam yg menang".

Friday, August 8, 2008

Metode Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Dalam Memimpin..

Alhamdulillah, keizinan oleh Allah akhirnya diberi buat ana untuk melakar sedikit coretan berkaitan metode tuan guru yg amat ana kagumi. Di bumi subur tempat ana berpijak adalah tanah dibawah kepimpinan beliau, dan ana amat bersyukur pada Allah yg mengurniakannya..

Pentadbiran Tuan Guru adalah bermoto slogan dan berlandaskan "Membangun Bersama Islam", yang mempunyai tiga sendi utama:

1. UBUDIYYAH - firman Allah SWT : Maksudnya: " Dan (ingatlah) Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku".
(Surah Al-Dzariyat 56)

2. MAS'ULIYYAH - firman Allah SWT : Maksudnya: "Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu (akhirat), tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!".
(Surah Al-Takathur 8)

3. ITQAN - sabda Rasulullah SAW : Maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT mengasihi seseorang daripada kamu apabila melakukan sesuatu perkerjaan, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh".

KEHEBATAN dan kredibiliti Tuan Guru dalam pemerintahan terserlah ketika memegang tampuk pemerintahan Negeri Kelantan sebagai Menteri Besar bermula pd tahun 1990 sehingga kini. Di saat itu, bermulalah satu era pemerintahan di bawah kepimpinan ulama'. Perubahan demi perubahan dilakukan dan telah dilaksanakan di negeri bertuah ini, supaya negeri ini diberkati dan dirahmati Allah SWT, serta memastikan semua urusan pemerintahan selari dengan syariat Islam, sesuai dengan slogan "Membangun Bersama Islam".
Dengan itu, khususnya rakyat Kelantan bersama kita memastikan bahawa segala usaha dan gerak kerja dilakukakn dengan ikhlas serta bersungguh-sungguh bagi memastikan Kelantan serta semua negeri di bawah kepimpinan kita (Pakatan Rakyat) terus dipertahankan dengan segala yg kita ada. Bekerjalah untuk Islam, dan kerana Allah.

Ilalliqa'.