Sunday, June 22, 2008

Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia termasuk dalam kaum itu..


Terkadang ana berfikir tentang perkara yg berlegar dalam "otak" muda mudi/remaja di atas.. Kita semua sedar bahawa ianya bukan perkara baru, dengan sebab itu marilah kita mencari segala pendekatan/doktrin untuk mencegahnya. Ana dah muak jika ditanya dalam hal berikut, "soalan" siapa yg bersalah?, adakah "budak2 berhingus ini?, ibu bapa, atau pemimpin?. Jika ditanya ana. Yang pertama jawapan ana ialah ibu bapa, kerana setiap anak yg dilahirkan, guru mereka yg pertama adalah ibu bapa. Yang kedua semestinya pemimpin, kerana setiap prasarana/kemudahan/pembangunan yg diwujudkan disekeliling muda/mudi yg dalam proses corakkan ini berkait rapat dengan kemudahan yg wujud. Hum..tak payah ana jelaskan, tepuk dada, tengok sekeliling, cari maklumat, dan buat kholasah. Jangan diangkat tangan letak ke dahi..
Ana tertarik dengan maklumat yg dirumus oleh PMRAM dalam majalah Suara Kampus milik association mereka. Ada disebut tentang perkara ini..
Keluarga adalah institusi pertama dan terpenting dalam mengelakkan berlakunya keruntuhan akhlak/genjala sosial. Namun, bagaimana ibu bapa mampu untuk menjaga anak2 mereka sekiranya persekitaran mereka sudah dicemari dengan pelbagai kemudahan yg boleh merosakkan akhlak. Kepada sesiapa lagi yg boleh diletakkan kepercayaan untuk mentadbir sebuah negara dengan sistem yang mampu membina keharmonian.
Seandainya Kerajaan sendiri tidak mementingkan masalah MORAL di kalangan ibu bapa, serta anak2 mereka (muda mudi). bagaimana pula mereka mahu menbina serta mencorakkan generasi yg akan datang..
Marilah kita bersama mengubahnya. Wallaahu a'llam.